Tuesday, September 27, 2016

Plaster ceiling Taman Salak Impian,Bandar Salak Tinggi, Sepang, Selangor

Assalamualaikum wbt,

Satu lagi projek yg telah siap di Taman Salak Impian, Bandar Salak Tinggi, Sepang, Selangor.
Harga memang terbaik dan terendah. Lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan harga kontraktor Bangla yang berkeliaran dalam taman ini. Terima kasih kepada tuan rumah En Hasrizol@Ejol dan isteri kerana memilih kami sebagai kontraktor untuk plaster ceiling rumah anda.


Bersama tuan rumah.


Sebelum


1st Stage


2nd Stage



Final.

Kami hanya buat plaster ceiling sahaja untuk rumah ini kerana tuan rumah sudah ada kontraktor untuk wiring. Tapi kami juga menyediakan khidmat wiring, Pecah batu, ikat bata, renovate dapur kira nya semua dibawah satu bumbung. Jadi call atau what'sApp ditalian 0182902608 untuk temujanji anda dengan kami. Jangan risau tiada caj untuk site visit dan quotation. Ok, jumpa nanti




Thursday, September 22, 2016

Plaster Ceiling L Box Kajang Prima, Kajang, Selangor.

Assalamualaikum wbt,

Satu lagi projek plaster ceiling di kajang Prima Kajang, Selangor.


L Box sahaja beharga RM1200.00. Tidak termasuk wiring lampu dan permasangan lampu. Projek ini L box sahaja tidak termasuk plaster ceiling.

Call/What'sApp 018-2902608 for site visit and quotation.

Thursday, September 8, 2016

Perkara-perkara yang perlu anda tahu sebelum renovate kedai atau butik

Assalamualaikum wbt,

Ini ada sedikit info tentang perkara-perkara yang perlu anda tahu sebelum renovate kedai, butik dan yang sama waktu dengannya. Disini saya sertakan sekali dengan harga. Harga mungkin sedikit berbeza bergantung kepada kontraktor yang anda pilih. Harap boleh memberi sedikit panduan kepada anda semua.

Anda juga mungkin boleh mengira sendiri kos atau wang yang akan anda labor untuk menhias dan mencatikkan kedai atau butik anda. Selamat membaca.

1.Plaster Siling.

Plaster siling memainkan peranan yang penting untuk menampakkan kedai atau butik anda nampak kemas. Kebiasaannya untuk kedai atau butik sesuai dengan pattern yang rata sahaja supaya kedai anda tidak nampak sarat dan bagus untuk proses pembersihan dan kosnya jugak rendah kalau nak dibandingkan dengan plaster siling yang berpattern.

Cara pengiraan Plaster siling.

Biasa nya pengiraan plaster siling dikira per sqft.

Contoh size lantai kedai anda 20ft x 50ft = 1000sqft

1000sqft x RM4.50 = RM4500

Harga bergantung kepada kontraktor anda. Sila tanya kontraktor anda berapa dia caj untuk 1sqft.

2.Air-conditioner

Setelah plaster siling, perkara yang kedua adalah airconditioner. Ada dua pilihan samada ada mahukan cassette type atau anda mahukan wall mounted unit. Jika butik, kebanyakkanya memilih cassette type kerana ia nampak lebih kemas dan memberi banyak ruang untuk menggantung baju-baju atau melekatkan shelf-shelf.

Harga bergantung kepada brand airconditioner anda.

Nota kaki : Anda wajib alert pasal tambahan cooper pipe. 

3. Lampu (down light )

Perkara ketiga yang anda perlu tahu adalah berkenaan dengan lampu. Kalau dah pasang plaster siling pastinya anda kena menggunakan down light. Biasanya anda akan di caj mengikut bilangan point lampu yang hendak dipasang. Kos bergantung kepada unit lampu.

4.CCTV

Perkara keempat yang anda kena masukkan adalah CCTV. Terdapat banyak brand yang berada dipasaran. Harga anda boleh survey. Samada anda hendak kontraktor yang belikan atau anda hendak beli sendiri kemudian kontraktor yang akan pasangkan kalau mereka ada kemahiran untuk pasang.

5. Ok selesai bahagian atas butik anda. Kita beralih pula ke bahagian lantai butik anda. Ada beberapa pilihan kemasan untuk lantai. Samada anda hendak gunakan Laminated flooring, Vynil flooring atau anda hendak pasang tile. Ketiga-tiga punya kelebihan masing. Bergantung kepada kehendak dan kesesuaian butik anda. Harga bergantung kepada kontraktor anda. Cara pengiraan juga sama macam siling. SQFT.

6. Kabinet kaunter, rak, wardrobe.

Cara pengiraan adalah mengikut foot run. Harga bergantung kepada jenis material. Kayu jati, Melamine atau kemasan formica. Mengikut budget dan selera anda.

7. Fitting room, Cermin muka dan wallpaper.

Pun perlu ada dalam butik anda. Bergantung kepada keperluan anda. Nak yang kelas tinggi, sederhana atau biasa. Bergantung pada budget anda.

8. Signboard.

Yang ni penting. Kalau takda, macam mana orang nak kenal butik kitakan. Harga boleh survey dengan kedai percetakan.

Ok itu saja perkongsian saya untuk renovate butik anda. Jika ada yang mahukan sebut harga/ quotation boleh lah wassap atau telefon ditalian 0182902608. Kami sedia berkhidmat untuk anda.

Site vist dan quotation adalah percuma.






Monday, September 5, 2016

Satu Lagi Hasil Kerja Kami

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah satu lagi projek butik renovasi dari team kami. Alhamdulillah hampir siap sepenuh nya. Pada waktu blog ini ditaip kerja sedang dijalankan. InsyaAllah butik ini akan dibuka secara rasmi pada 9/9/2016. Sila lah datang untuk melihat apa yang menarik untuk dibawa pulang nanti.




Terima kasih kepada owner Hijabiza kerana memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kami untuk menterjemahkan apa yang diimpikan. Lagi pun memang moto kami Where Dream Come Alive. 

Jika ada kawan-kawan yang berminat untuk membuat renovasi kedai atau apa saja, boleh lah berhubung dengan kami ditalian 018-2902608. Kami sedia memberi khidmat yang terbaik kepada anda.